Urat Saraf Manusia
Penyakit Urat Saraf Manusia
Sistem saraf manusia dapat mengalami gangguan kerja berupa penyakit atau ada kaitan penyakit lainnya. Contoh penyakit pada sistem saraf manusia:
1. Meningitis
Meningitis merupakan peradangan selaput pembungkus otak yaitu meninges. Meningitis disebabkan oleh virus, sehingga dapat menular.
2. Multiple Schlerosis (MS=Sklerosis Ganda atau Disseminated Sclerosis)
MS merupakan penyakit saraf kronik yang mempengaruhi sistem saraf pusat, sehingga dapat menyebabkan gangguan organ lain seperti: rasa sakit, masalah penglihatan, bercakap, tekanan emosi, gangguan gerakan badan dan kelemahan pada otot yang boleh menjadi kelumpuhan.
3. Sakit saraf
Sakit saraf terjadi kerana adanya gangguan saraf sensorik dan motorik. Gejala sakit saraf sering disertai dengan gejala lain seperti: kehilangan rasa, kebas, urat saraf tersepit dan penyakit urat saraf gangguan metabolik (seperti diabetic neuropaty pada pesakit kencing manis atau diabetes mellitus). Gangguan motorik kerana sakit saraf seperti kejang dan gangguan saraf seperti lumpuh.
4. Hidrocephalus
Tanda hidrocephalus berupa pembengkakan kepala kerana kelebihan cairan yang ada di sekitar otak. Akibatnya, dapat menyebabkan gangguan metabolisme dan gangguan organ tubuh.
5. Penyakit urat saraf tersepit (cakera teranjak)
Penyakit saraf tersepit sering terjadi pada leher, pinggang dan telapak tangan.
6. Parkinson, dengan gejala tangan dan kaki menggigil.
7. Gegar otak, terjadi kerana otak mengalami kerosakan.
8. Imsomnia atau lupa ingatan sementara.
9. Gangguan organ dan fungsinya kerana kerosakan saraf tulang belakang.
*******************************************************************************
Otot seluruh badan manusia
Badan manusia mempunyai sekitar 40% berat dari tubuhnya adalah otot.
Tubuh manusia memiliki lebih dari 600 otot rangka. Otot memiliki sel-sel
yang tipis dan panjang. Otot bekerja dengan cara mengubah lemak dan
glukosa menjadi gerakan dan energi panas.
Otot rangka melekat pada tulang secara langsung ataupun dengan bantuan
tendon. Dalam badan manusia ada 360 tulang dan 360 sendi. Otot bekerja
berpasangan antara keanjalan selesa sehingga otot boleh menggerakan
berbagai bahagian dari tubuh manusia seperti lutut yang boleh
dibengkokkan maupun di luruskan.Bahagian-bahagian sistem otot rangka manusia
Otot rangka yang jumlahnya lebih dari 600 jenis mulai dari ujung kepala sampai ujung kaki yang berfungsi untuk menggerakan seluruh tubuh manusia terdiri dari :
- Otot frontalis yang berfungsi untuk mengangkat alis mata, posisi nya terletak di sekitar alis
- Otot orbikularis okuli berfungsi untuk menutup kelopak mata, posisinya terletak di kelopak mata
- Otot orbikularis oris berfungsi untuk mengkerutkan bibir
- Otot sternokleidomastoid yang berfungsi untuk memiringkan kepala
- Otot trapezius berfungsi untuk memperkuat bahu
- Otot pektoralis major berfungsi untuk memutar lengan
- Otot pektoralis minor berfungsi untuk menarik bahu kebawah
- Otot triseps dan otot biseps berfungsi untuk menggerakan lengan
- Otot serratus anterior yang berfungsi untuk menarik bahu kesekeliling
- Otot interkosta berfungsi untuk mengangkat rusuk
- Otot rektus abdominis berfungsi untuk mengempiskan dinding perut
- Otot sartorius berfungsi untuk memilin paha dan membengkokkan pinggul dan lutut
- Otot guadriseps femoris berfungsi untuk menekuk pinggul dan meluruskan lutut
- Otot gastroknemius berfungsi untuk mengangkat tumit dan menekuk lutut
- Otot tibialis anterior berfungsi untuk mengangkat kaki
- Otot peroneus berfungsi untuk melengkungkan kaki
- Otot latissimus dorsi berfungsi untuk memperkuat punggung
- Otot gluteus maksimus berfungsi untuk meluruskan pinggul
- Otot archiles tendon berfungsi untuk menggerakan telapak kaki
**********************************************************************************
Sakit Bahu Beku dikenali Frozen Shoulder.
Bahu beku terjadi apabila kapsul sendi bahu menjadi tebal disebabkan
oleh proses inflamasi di dalam sendi bahu glenohumeral. Radang dalam
sendi menyebabkan kapsul sendi yang longgar menjadi ketat kerana
terlekat antara satu sama lain. Ruang sendi bahu semakin mengecil,
kapsul melekat dan ligamen mengetat pada kedudukan rehat. Keadaan ini
mengehadkan keupayaan bahu untuk bergerak dan menyebabkan bahu membeku.
Ini menyebabkan sendi bahu yang disokong sendi glenohumeral tidak dapat
digerakkan sepenuhnya ke semua arah, masalah bahu beku selalunya berlaku
di sebelah bahu sahaja pada satu-satu masa. Namun, faktor masa dan
kecederaan lain mungkin menyebabkan sesetengah pesakit menderita sakit
di kedua-dua belah bahu.
Pesakit akan berasa lenguh pada bahu, pangkal tengkuk, kebas lengan dan tangan serta tidak kuat untuk memegang barang.
Sindrom bahu beku juga berpotensi terjadi apabila seseorang tidak
menggunakan bahunya yang sakit atau menggunakannya sekali-sekala sahaja.
Apabila digerakkan, pesakit akan berasa sakit. Jadi, mereka lebih selesa
menggunakan tangan yang sebelah lagi. Oleh kerana lama tidak digunakan,
ia boleh menyebabkan keradangan.
Sekiranya seseorang mendapat kecederaan seperti patah tangan atau
menjalani pembedahan tetapi tidak menggerakkan tangan seperti yang
diarahkan doktor, keadaan bahu beku juga boleh terjadi.
Menurut kajian pakar ortopedik, pesakit kencing manis mempunyai risiko
sehingga empat kali ganda mengalami sindrom bahu beku berbanding
individu biasa. Malah ia juga lebih sukar untuk sembuh.
Di Malaysia, kira-kira 15 hingga 20 peratus daripada penduduknya menderita masalah bahu beku.
Faktor lain bahu beku termasuklah usia iaitu berumur 40 tahun ke atas,
penyakit sistematik seperti tiroid, kardiovaskular dan Parkinson.
Walaupun begitu, penyakit bahu beku boleh pulih sendiri selepas mengalami kesakitan dalam jangka masa panjang.
Untuk rawatan yang lebih berkesan, pesakit boleh mendapatkan terapi
fizikal seperti regangan dan senaman tetapi dengan syarat ia dilakukan
pada peringkat awal lagi.
Selain bertemu doktor dan pakar fisioterapi, pesakit boleh melakukan sendiri terapi fizikal seperti regangan.
ANATOMY BADAN MANUSIA
Beberapa video mengenai sistem anatomy manusia Klik Imej untuk melihat video. |
Tidak ada komentar:
Posting Komentar