Minggu, 14 Oktober 2012

Pentingnya Ilmu Terutama Biologi



 
 ILMU DAN TUNTUTANNYA
                              

Perkara yang awal dan wajib ialah berilmu, kerana ilmu merupakan paksi/ asas kpd pengabdian diri kpd Allah.

Dua perkara yg telah diwajibkan Allah swt kpd  setiap mukallaf iaitu :
1.      Menuntut ilmu
2.      Beramal (melaksanakan,menyebar dan menggunakannya utk kebaikan semua termasuk dirinya)  dgn ilmu yg dituntut/ dipelajarinya.

Di antara faedah ilmu /guna kemanfaatan drpd ilmu (ilmu tentang urusan Din Islam ) itu :

1.      Supaya dirinya tidak jahil, lalu dgn pengetahuan yg diperolehinya dpt di gunakan utk melaksanakan tanggungjawab.
2.      Supaya sah amal ibadahnya
3.      Supaya ibadah dan amalan yg dilakukan diterima Allah.
       
Ilmu menjadi asas yg pertama sebelum perkara yg lain, didahulukan sebelum ibadah krn :
1.      Supaya dapat melakukan ibadah yg betul dan terselamat daripada cacat cedera.
1.1.   Wajib mengetahui kewajipan kewajipan syara' dan cara yg betul melaksanakannya memenuhi rukun dan syarat sebagaimana yg telah diperintahkan oleh Allah dan diajar oleh Rasul SAW agar dapat dilaksanakan dgn betul.
1.2.   Wajib diketahui perkara perkara yg wajib dijauhi dan ditinggalkan daripada perkara perkara larangan agar dapat ditinggalkan.
1.3.   Wajib mengetahui dan mempelajari kedua dua perkara yg disebutkan tadi krn mungkin anda didatangi kemusykilan mengenainya sedangkan ditempat anda itu tidak ada org alim yg boleh anda bertanya merujuk kepadanya sedangkan dahulu anda tidak mempelajarinya.
1.4.   Wajib mengetahui perintah perintah Allah yg merangkumi ibadah batin yg merupakan kerja kerja hati yg wajib dilaksanakan seperti tawakal,ikhlas, redha dgn qada dan qada,sabar, taubat dan lain lain utk dilaksanakan dan juga perkara larangan Allah seperti marah, angan kosong, riya', sombong supaya dijauhi yg demikian itu sebagaimana jelas dalam nas al Quran al Karim.

2.      Kerana ilmu yg bermanfaat akan melahirkan ketaqwaan yg sebenar kpd Allah.        

Kesempurnaan menuntut ilmu :
1.      Menuntut ilmu semata utk mencari keredhaan Allah,
2.      Menuntut ilmu kerana hendak mengamalkannya, melaksanakan di sepanjang kehidupan .
3.      Menuntut ilmu lalu disebarkan/ diajarkan kpd org lain supaya mereka juga mendapat manfaat daripadanya.

Alamat ilmu yg memberi manfaat :

1.      Bertambah ilmu, bertambah taqwa dann takutkan Allah, rasa tanggungjawab dan pengembelingan utk diinul  islam.
2.      Bertambah ilmu, bertambah amal kebaikannya, amal soleh serta manfaatnya utk org lain.
3.      Bertambah ilmu, bertambah ingatan kpd akhirat,keimanan kpdnya serta penyediaan utknya.
4.      Bertambah ilmu bertambah kesedaran,pengetahuan tentang tipudaya nafsu dan syaitan.
5.      Bertambah ilmu,makin bertambah rendah diri tawadu' serta merasa kekerdilan dan kehinaan sebagai ciptaan Allah.
6.      Bertambah ilmu bertambah zuhud kpd dunia.
       
Kerahkan diri anda berniat ikhlas dalam menuntut ilmu, jadikan tuntutan pengetahuan ilmu ini utk diamalkan bukannya untuk tuntutan penceritaan semata - mata tanpa diamalkan, bukan juga utk memenuhkan koleksi nota nota,catitan dan kitab kitab lalu berbangga dengannya.

Ketahuilah kemanfaatannya adalah banyak, tetapi perentasan jalannya sukar dan  kemerbahayaan ilmu adalah besar. Dalam kesukarannya, betapa ramai orang yg berpaling (tidak memperlajarinya) menjadi sesat,berapa ramai yg melaluinya tergelincir (jadi kufur ), betapa ramai yg menjadi kebingungan (tidak memahi dgn sebenar),ada pula yg sesat, ada yg mengeluh sedih dan jadi lemah. ada yang terputus dipertengahan jalan.

Pun demikian ramai juga golongan yg berjaya melaluinya dan sampai ke matlamatnya (mengabdikan diri kpd Allah),ada yg dapat mencapainya dalam tempoh yg pendek, ada juga yg lainnya terumbang ambing selama tujuh puluh tahun.

Kemerbahayaan ilmu pula adalah besar. Sesiapa yang menuntut ilmu kerana untuk mendapat perhatian org atau pangkat sanjungan,atau kerana mahu bersekedudukan dengan pemerintah, atau bermegah megah dengan orang yg setanding dengannga, atau untuk mengejar habuan kebendaan duniawi maka akibatnya usaha tungkus lumus dan pelaburan amal,tenaga dan usahanya itu rosak binasa sia sia, rugi tidak bermanfaat diakhirat nati dan mendapat kemurkaan Allah swt.

Awaslah daripada syaitan yang memikat dan membisik memerangkap anda dengan kata kata: " andainya payah sangat menuntut ilmu ini maka lebih baik ditinggalkan " maka sesiapa yg tidak belajar ilmu (hanya mengikut taqlid tanpa pegangan apa yg org buat) nescaya ibadahnya / amalannya tidak kukuh kemas dan hak hak ibadahnya itu tidak terlaksana sebagaimana sewajarnya.

Oleh itu bersungguh sungguhlah dalam menuntut ilmu dengan mencari, mempelajari, mengaji,u langkaji, berbincang; kemudian mengajarkannya pula setelah pandai. Jauhkan perasaan malas dan jemu; jika tidak bersungguh sungguh menuntut ilmu anda berada dalam  bahaya kesesatan.

wal'iyazubillah.

Terdapat dua jenis Mukallaf :
1.      Mukallaf jin. iaitu mula asal kejadian jin sehinggalah matinya.
2.      Mukallaf manusia. iaitu orang yg :
2.1.   baligh (sampai umurnya mengikut taklif islam)
2.2.   beraqal (mempunyai akal yg sihat dan waras)
2.3.   sejahtera /berfungsi  salah satu daripada pendengaran atau penglihatan
2.4.   sampai seruan ajaran islam serta dianutinya.
       

 ILMU  &  HARTA

q  Ilmu lebih utama dari pada Harta sebab Ilmu adalah merupakan pusaka para Nabi sedangkan Harta adalah warisan Qorun , Fir’aun dan lainnya.

q  Ilmu lebih utama dari pada Harta sebab Ilmu dapat menjaga kamu sedangkan Harta kamulah yang menjaganya.

q  Ilmu lebih utama dari pada Harta sebab orang yang kaya Ilmu banyak sahabatnya , sedangkan orang yang kaya Harta banyak musuhnya.

q  Ilmu lebih utama dari pada Harta sebab Ilmu kalau diberikan malah bertambah sedangkan Harta kalau dibelanjakan akan berkurang.

q  Ilmu lebih utama dari pada Harta sebab orang yang banyak Ilmu disebut agung sedangkan orang yang banyak Harta dpanggil dengan sebutan bakhil.
q  Ilmu lebih utama dari pada Harta sebab Ilmu tidak perlu penjagaan dari pencuri sedangkan Harta harus dijaga dari pencuri.

q  Ilmu lebih utama dari pada Harta sebab orang yang ber-Ilmu memberikan syafa’at pada hari kiamat sedangkan orang yang banyak Harta pasti akan dihisab.

q  Ilmu lebih utama dari pada Harta sebab Ilmu tidak akan rusak dan habis sedangkan lamanya pengangguran dalam melewatkan waktu, Harta dapat rusak dan habis.

q  Ilmu lebih utama dari pada Harta sebab Ilmu dapat menerangi hati sedangkan Harta dapat menjadikan padatnya perasaan.

q  Ilmu lebih utama dari pada Harta sebab orang yang ber-Ilmu dapat merealisir ibadah sedangkan orang yang memiliki Harta , maka dengan harta ia sering mengaku sifat ke-Tuhanan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar